Sewaktu Rasulullah SAW berada di masjid untuk menunaikan solat lalu Baginda mendapati beberapa orang sedang berbual sambil ketawa. Tegur baginda :
"Jika kamu banyak mengingati mau,t tidaklah kamu bersikap demikian.Selalulah ingat akan saat kematianmu, sesungguhnya setiap hari yang berlalu kubur akan memanggil, " Aku adalah belukar terbiar yang dipenuhi debu. Tempat tinggal segala cacing."
Apabila seseorang mukmin meninggal maka berkatalah kubur, "Salam sejahtera aku ucapkan, betapa bertuahnya kamu kerana memasukiku. Daripada segala manusia yang melataiku, kamulah yang paling aku kasihi. Sekarang kamu datang kepadaku maka lihatlah bagaimana layananku padamu" Maka kubur pun terbuka luas sejauh mata memandang. Satu pintu syurga yang terbuka dan sesiapa yang melaluinya akan merasai udara yang nyaman yang tak pernah terhidu sebelum ini.
Tetapi jika seseorang yang melakukan maksiat dan mungkar meninggal dunia maka akan berkata kubur kepadanya, "Tidak ada ucapan selamat untukmu, kedatanganmu ke sini membawa kecelakaan ke atas dirimu. Dari segala jenis manusia yang melata diatasku, kamulah yang paling aku benci.Kerana kamu telah memasukiku maka lihatlah bagaimana aku melayanimu." Maka kubur pun menjadi sempit sehingga tulang belulangnya bertemu. 70 ekor ular berbisa dilepaskan untuk mematuknya sehinggalah hari kiamat. Bisa ular ini amat luar biasa, jika seekor darinya melepaskan air bisanya ke bumi, pasti sehelai rumputpun tidak akan hidup.
Selepas dari teguran itu baginda menyambung lagi katanya "Kubur adalah seumpama sebuah taman syurga atau sebuah lubang neraka"
Posted bykhaifah
at
Tuesday, June 17, 2008
Labels:
agama

Mahu tak mahu, hendak tak hendak - institusi korporat adalah satu institusi penting dalam memacu ekonomi dan menjana pasaran di dalam dan luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung apa yang berlaku di dalamnya turut memberi kesan secara tidak langsung kepada suasana ekonomi di dalam negara ini. Contohnya apabila satu polisi syarikat di ubah, ia memberi kesan kepada beratus-ratus malah beribu-ribu pekerja yang bekerja di dalamnya. Di negara kita, syarikat-syarikat korporat boleh dibahagi kepada GLC dan non-GLC. GLC - Government Link Company atau mempunyai sangkut-paut dengan kerajaan seperti TM, TMI, TNB, Petronas, Sime Darby dan lain-lain. Di sinilah jika mereka yang familiar dengan politik korporat, pelbagai tindakan dan keputusan dibuat. Kadang-kadang selaras dengan arah tuju syarikat dan kadang-kadang untuk kepentingan sendiri.Dalam pada itu, kebanyakan CEO,CFO, VP dan pegawai-pegawai eksekutif ini mempunyai kroni-kroni atau sahabat-sahabat kegemaran mereka. Ada pro dan kontra dengan budaya sedia ada ini. Dari satu segi, ianya adalah baik kerana mereka mudah untuk berinteraksi dan menyampaikan strategi kepada orang yang telah lama bekerja bersama. Oleh itu, mereka sudah sedia tahu akan keupayaan dan kebolehan masing-masing. Namun jika ia disalahguna, ia akan menyebabkan pelbagai keputusan dibuat bukan atas kepentingan syarikat tetapi kepentingan diri semata-mata. Cerita yang ingin dibawa adalah berkaitan dengan apa yang terjadi di dalam Sime Darby baru-baru ini. Umum mengetahui, bahawa Sime Darby baru sahaja digabungkan dengan Golden Hope dan Kumpulan Guthrie Berhad(KGB) melalui Synergy Drive. Pada mulanya, dijangkakan melalui proses pengabungan ini satu syarikat baru akan dibentuk. Kebanyakan pekerja GH dan Guthrie hanya mengetahui nama baru setelah ia diumumkan kerana sebelum itu ia begitu dijaga. Malangnya, Synergy Drive mengekalkan nama Sime Darby dan melupuskan nama Golden Hope dan Guthrie. Di situ timbul kecurigaan yang mana ia bukanlah satu proses pengabungan tetapi lebih kepada proses pengambil alihan. Walhasilnya, biasalah. Apabila sebuah syarikat induk mengambil alih, maka pekerja syarikat yang diambil alih akan dilayan sedikit 'berlainan' dari syarikat induk. Namun bukan itu yang ingin difokuskan oleh saya.Terbaru lima orang penting Sime Darby dipecat dari jawatan masing-masing. Mereka adalah : 1. Dato' Sabri Ahmad, bekas Ketua Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Berhad (sekarang memegang jawatan Sime Darby's Plantations Integration Advisor) 2. Razidan Ghazalli, Golden Hope's bekas Pengarah Kewangan (sekarang Sime Darby's Group Financial Officer) dipecat kerana transaksi rm120 juta selepas pengabungan yang mana kerugian itu dalam 'paper loss' dalam pasaran hadapan oleh Golden Hope. Anda boleh membacanya secara terperinci
di sini.3. Dr Anhar Suki, sebagai Senior Vice President II, Oils & Fats/Bio-fuel-Downstream meletakkan jawatannya.4. Muhammad Mohan Kittu Abdullah bekas GM Jomalina (VP I Downstream/Biofuel) 5. Azmir Yahya, bekas Golden Hope's General Manager of Commodities Trading (now Sime Darby's vice-President I of Commodities Trading and Marketing) dipecat serta-merta .Persoalan yang timbul di mana tiadanya siasatan daripada Domestic Inquiry dilakukan. Kelimanya tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri masing-masing. Adakah ini yang disebutkan dengan '
pembersihan etnik' oleh saudara
RockyBru.
Di sinilah dimana kelihatan satu agenda pembersihan di dalam organisasi Sime Darby kerana yang terlibat itu bukan daripada orang kuat Sime Darby yang asal. Kita meminta ahli politik pakatan rakyat untuk membangkitkan perkara ini supaya organisasi korporat kita sentiasa dalam keadaan sihat dan tidak dipaliti oleh politik tidak sihat kerana kepentingan diri.Seperti mana kesalahan-kesalahan besar yang lain, ia seharusnya diteliti dengan cermat. Sumber yang rapat dengan saya menegaskan bahawa yang dipecat itu merupakan aset penting dan ketua yang berdedikasi dan dihormati. Tidak seharusnya mereka diperlakukan dan dibuang kerana kebolehan mereka sudah terbukti dan diiktiraf. Majlis solat hajat akan diadakan di masjid KLCC hari ini untuk mereka-mereka yang teraniayai. Anda boleh merujuk
di sini.
sumber :pengembarajalanan
Posted bykhaifah
at
Monday, June 16, 2008
Labels:
politik