
PENGENALAN
Pelaburan adalah sebahagian daripada perancangan kewangan keseluruhan anda. Sekiranya anda mempunyai sedikit simpanan, anda mungkin hendak melabur untuk memaksimumkan pulangan. Buku kecil ini bertujuan untuk memberi anda beberapa panduan tentang perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melabur serta perkara yang boleh dilakukan dan yang perlu dielakkan apabila melabur.
PERBEZAAN ANTARA PELABURAN DENGAN SIMPANAN
Pelaburan berbeza daripada simpanan. Dalam simpanan, pada umumnya anda akan mendapat semula simpanan anda, bercampur faedah.
Walau bagaimanapun, dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal pelaburan. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi ini adalah sebagai ganjaran bagi risiko yang lebih tinggi yang anda telah ambil.
MERANCANG PELABURAN ANDA
Pelaburan yang bijak tidak bergantung pada nasib, tetapi adalah hasil daripada perancangan yang teliti. Apabila anda melabur, anda tidak boleh bergantung pada khabar angin.
Anda perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami keadaan pasaran, sama ada melalui penyelidikan atau mendapat khidmat pakar. Berikut adalah beberapa isu yang anda perlu tahu:
Langkah 1:
Tahu mengapa anda hendak melabur
Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk:
• Membeli kereta
• Membeli rumah
• Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
• Pergi bercuti
• Merancang persaraan yang selesa untuk masa depan
Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:
• Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
• Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
• Meningkatkan nilai aset bersih anda
• Gabungan mana-mana daripada yang di atas
Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai.
Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.
Langkah 2:
Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
Memandangkan pelaburan ialah komitmenjangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut:
• Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
• Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
• Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhananda?
• Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
• Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
• Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
• Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 10 tahun, dsb.)
• Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
• Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yangberubah-ubah?
Langkah 3:
Tahu strategi dan konsep melabur
Pempelbagaian
Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian - iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri.
Jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain.
Nilai masa wang
Masa ialah aset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperolehfaedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda peroleh daripada pelaburan anda.
Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.
Carta di bawah menunjukkan bagaimana pelaburan sebanyak RM1,000 pada kadar pulangan yang berbeza akan berkembang dalam tempoh 40 tahun.
Impak Inflasi dan Cukai
Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masa hadapan. Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi.
Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.
Memaksimumkan Pulangan
Sebagai pelabur, anda akan terus mencuba untuk mendapat pulangan yang tertinggi bagi pelaburan anda. Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh dikira dengan menggunakan Peraturan 72. Bahagikan 72 dengan peratusan faedah yang anda peroleh daripada simpanan.
Sekiranya pulangan yang dikira tidak memuaskan, anda boleh menimbang pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih tinggi.
Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging)
"Pemurataan kos ringgit" merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.
Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.
Hubungan Risiko Dengan Pulangan
Terdapat banyak instrumen pelaburan dalam pasaran dan setiap satu mempunyai tahap risiko dan jangkaan pulangan yang berbeza. Sesetengah jenis pelaburan (seperti simpanan bon) bersifat "lebih selamat" berbanding dengan pelaburan yang lain. Ini bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah.
Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Akibat tukar ganti (trade-off) risiko dan pulangan ini, anda perlu menimbang tahap risiko yang berkaitan dengan kelas aset yang berbeza dan memilih aset yang sesuai untuk pelaburan.
Memahami Risiko
Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi.
Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah.
Langkah 4:
Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa kebanyakan jenis pelaburan boleh membawa kerugian. Graf di bawah menunjukkan risiko dan pulangan bagi beberapa jenis instrumen pelaburan.
PERANCANGAN KEWANGAN DAN STRATEGI KITARAN HAYAT
Jumlah wang yang akan dilaburkan dalam pelbagai aset bergantung kepada:
Matlamat dan keperluan anda - untuk membeli rumah, melancongatau keperluan persaraan
Umur anda ketika melabur - ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, maka anda boleh mengambil risiko pelaburan yang secara relatif lebih tinggi
Pendapatan anda ketika melabur - jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan
Pekerjaan anda - contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, anda mungkin tidak mahu mempunyai pelan persaraan lain.
Ufuk masa - bilakah anda mahu mencairkan aset anda? Kecairan - berapa cepatkah anda boleh menukarkan aset anda kepada wang tunai? Toleransi terhadap risiko - berapa banyakkah risiko yang anda sanggup tanggung?
APAKAH PROFIL RISIKO ANDA?
Ketika menentukan profil risiko anda, tanya pada diri anda tentang persoalan berikut:
• Apakah peringkat usia anda? Jika anda masih muda, biasanya anda mampu mengambil risiko yang lebih besar dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang. Jika anda sudah tua, jaminan sara hidup merupakan faktor yang penting.
• Adakah matlamat anda jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang? Secara umum, jika anda seorang pelabur jangka panjang, anda berkemampuan membuat pelaburan yang lebih berisiko. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan wang untuk bayaran muka pembelian rumah dalam jangka masa dua tahun, maka anda tidak seharusnya melabur dalam aset berisiko tinggi.
• Apakah sikap anda terhadap wang? Sesetengah orang sanggup mengambil risiko, manakala yang lain tidak. Oleh itu, anda perlu memahami sikap anda terhadap wang dan risiko sebelum membuat sebarang pelaburan.
• Setakat manakah kesanggupan anda menerima turun naik jangka pendek nilai pelaburan anda? Jika dengan melihat harga saham turun naik membuatkan anda susah hati, anda perlu mengehadkan pelaburan saham anda sehingga anda rasa lebih selesa.
• Adakah anda bersedia menerima risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar? Pada umumnya, pelaburan tanpa risiko memberi pulangan yang lebih rendah. Oleh itu, cuba dapatkan tahap kombinasi risiko dan pulangan yang anda rasa selesa.
MENDAPATKAN NASIHAT KEWANGAN
Terdapat banyak pihak yang menawarkan nasihat kewangan seperti bank, remisier, perancang kewangan atau ejen insurans, bergantung pada jenis instrumen pelaburan yang terlibat.
Walau bagaimanapun, sebelum anda memilih penasihat kewangan anda, pastikan yang beliau mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memberi sebarang nasihat.
SUMBER MAKLUMAT Maklumat mengenai pelaburan boleh diperoleh daripada:
• Laporan tahunan yang diterbitkan oleh syarikat
• Surat khabar, jurnal dan majalah
• Internet
• Kursus
• Seminar
PELIHARA KEPENTINGAN ANDA
Bagi sebarang pelaburan yang anda buat, tip-tip berikut perlu diambil kira:
• Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat
• Pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya. Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan pihak kedua jika anda masih ragu
• Jangan terburu-buru ketika membuat keputusan. Berhati-hati terhadap taktik penjualan agresif yang memaksa anda membuat keputusan dan bertindak segera
• Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan
• Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minima atau tanpa risiko
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PELABURAN
Terdapat beberapa amalan yang perlu anda elakkan semasa membuat keputusan untuk melabur bagi mengurangkan risiko menanggung kerugian:
• JANGAN meminjam untuk melabur - Anda tidak seharusnya menggunakan wang orang lain untuk melabur atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, jangan melabur
• JANGAN melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan tinggi - Pulangan yang cepat lazimnya mempunyai risiko yang tinggi. Sentiasa berwaspada terhadap skim cepat kaya haram yang menjanjikan pulangan wang yang cepat atas pelaburan anda. Orang yang menjalankan skim tersebut memberi janji palsu dan mungkin akan lesap bersama-sama wang anda
• JANGAN melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi kecuali anda benar-benar bersedia untuk menghadapi risiko tersebut. Sesetengah pelaburan melibatkan elemen spekulasi dan risiko yang tinggi (contohnya: dagangan hadapan)
• JANGAN melabur berdasarkan "hot tips" dan khabar angin
Posted bykhaifah
at
Wednesday, September 10, 2008
Labels:
pengurusan kewangan

Salam. hmm, saya rasa mcm terbuka hati nak kongsi, sesuatu yang mungkin org ramai masih tertanya2.. or mungkin org dah tahu, tapi x scara details kan. so saya rasa elok kita bukak persoalan2 yg timbul untuk dibentangkan.Apa itu unit trust (unit amanah)?unit trust ni ialah pengumpulan pelaburan yang dibuat oleh pelabur2, yang akan di'kolamkan' dlm objektif yng sama dbawah pengurusan fund managers yg profesional.
Sbg contoh: pelabur A RM1K, pelabur B RM10K, pelabur C RM5K, pelabur D RM100K. Semua duit tu akan diletakkan dibawah satu kolam, yng akan dilaburkan kedalam dana yg terpilih dibawah pengurusan fund managers yg ditetapkan. dana tu nanti akan di laburkan dlam pelbagai portfolio, yg terdiri daripada ekuiti, fixed income sekuriti (bond), money market, bluechips, dan lain2 aset yg tertakluk kepada objektif pelaburan, dan telah diluluskan.untuk dana islamik, pelaburan akan dipantau oleh IBFIM (Islamic Banking & Finance Institute of Malaysia) dibawah pengawasan Security Commission and BNM (Bank Negara Malaysia).
Sebarang penyelewangan terhadap pelaburan, akan menyebabkan unit trust company to b closed (bungkus kedai hehe) setelah pelaburan dijalan kan, keuntungan akan berbalik kepada pelabur dalam tiga bentuk:
1)capital gain
2)dividend
3)bonus
Capital gain: cth, masa beli harga nav per unit RM0.30. slepas sesuatu jangka masa, harga nav per unit dah berubah menjadi RM0.40. maknanya dekat situ, u dah kaut keuntungan RM0.10 untuk setiap unit.
Dividend: dividend biasanya akan diumumkan pada tahun berakhir kewangan untuk sesuatu dana. maksudnya peratus keuntungan yang diperolehi dari pelaburan kita tersebut. cth, investment RM10k, thun berakhir seterusnya, dividend declared 10%, so u dah untung RM1000.
Bonus: bonus akan diberi dalam bentuk pertambahan unit. cthnya, setiap pelabur diberi tambahan 1% unit mengikut nilai nav yang terkumpul. tetapi bonus xsemestinya berlaku setiap tahun. dia bergantung kepada pasaran.
Posted bykhaifah
at
Tuesday, September 09, 2008
Labels:
unit trust

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.
Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Sumber :
Utusan Malaysia
Posted bykhaifah
at
Tuesday, September 09, 2008
Labels:
unit trust

Assalamualaikum,
Ada orang berpendapat…1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang2) Some debt is good thing3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup
Hutang sebenarnya bukanlah semuanya evil. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu.
Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang? Saya rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:
(1) Hutang Kad Kredit- Ini paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apapon ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Iye ker?
(2) Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi
dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak saya saya tak digalakkan, atau mengikut situasi anda!) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa!
(3) Hutang kereta- Buat simpanan. ( Saya sedang berusaha mengumpulnya). Saya mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan kereta sekarang ini masih boleh digunakan dan memikirkan kereta juga susutnilai dengan cepat, saya masih tangguhkan lagi. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif tentang kereta saya, tetapi sudah terlalu ramai menyarankan saya bertukar kereta baru! Tetapi saya gembira kerana duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru saya gunakan untuk simpanan dana pendidikan dan persaraan.
(4) Hutang perumahan – Saya rasa amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi.
(5) Hutang kahwin – Eh, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya ada tau. Boleh elak dengan jangan keluar dating selalu terutama ke restoran hebat-hebat macam Starbucks etc ( kami dah beranak 2 pon tak pergi makan Starbucks). In fact bila keluar dating, tendency untuk bershopping juga tinggi! Lagi satu, jangan suka bergayut di talian telefon dan buat kenduri Ala Carte (ala kadar).
(6) Hutang lain-lain- Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam ‘lists to buy’. Live below your means ;)
Posted bykhaifah
at
Friday, September 05, 2008
Labels:
pengurusan kewangan