3 jenis pendapatan

Erm...amik dari financial guider maybe antara yang termashyur kat malaysia (agaknya kot).Untuk menjamin hidup lebih baik dan selesa at least kita sepatutnya tahu or ada 3 jenis pendapatan.



1 Pendapatan Aktif (Active Income)
Ini lah yang anda dapat hasil daripada gaji anda dan komisyen. Kebanyakan daripada anda hanya mengetahui untuk mendapat pendapatan aktif kerana anda diajar untuk bekerja keras dan kuat untuk orang lain.
Ramai orang mempunyai pendapatan bulan-bulan yang tinggi. Sales RM 1 juta, 2%-3% komisen sahaja sudah dapat RM 20,000RM 30,000.Permasalahan utama pendapatan aktif adalah, anda perlu sentiasa aktif untuk terus mendapat gaji. Sekiranya anda tidak aktif, maka anda tiada pendapatan. Kalau anda memang enjoy dengan pekerjaan anda tidak mengapa, tetapi sekira ia sebaliknya



ii. Pendapatan Portfolio (Portfolio Income)
Pendapatan yang anda perolehi dari EPF, ASB, Koperasi Felda, Koperasi Bank Rakyat, Tabung Haji, saham amanah, saham syarikat dan lain-lain. Ia juga disebut paper assets. Bahasa yang lebih berbunyi financial savvy, ekuiti.



iii. Pendapatan pasif (Passive Income)
Pendapatan yang anda jana melalui asset yang anda bina sendiri. Sama ada hartanah atau perniagaan. Anda tidak perlu aktif selama-lamanya untuk meraih pendapatan pasif. Anda perlu bekerja untuk satu tempoh masa, dan kemudian aset yang anda bina akan menjana pendapatannya sendiri.
Masalah 90% daripada anda
Majoriti daripada anda hanya tahu untuk mempunya pendapatan aktif, tetapi tidak tahu bagaimana menukar pendapatan aktif kepada pendapatan portfolio dan pendapatan pasif. Sedangkan kerusi pun tidak boleh berdiri dengan 1 kaki, bagaimana anda boleh mengubah kedudukan kewangan anda sendiri sekiranya anda hanya tahu 1 cara menjana pendapatan?(kena keje keras kot).muahaha..

Posted bykhaifah at Friday, October 24, 2008 0 comments  

Sedekah

Pernahkah korang merasa tersempit, kekurangan wang, pokai atau pun ’sengkek’ padahal kalian baru saja menerima duit gaji dalam beberapa hari yang lepas. Percaya atau tidak, itulah masa yang sesuai untuk kalian ‘bersedekah’! InsyaALLAH, nescaya ALLAH Subhana Wa Ta’ala akan melimpah luaskan rezeki kalian.


“Weii.. hang ni biar btui! Aku ni dahlah sengkek! Hang nak suruh aku beramal jariah plak! Patutnya.. hang tu yang sedekah kat aku.. Tu baru btui..!”









Dan alangkah mulianya, apabila kalian telah dilapangkan REZEKI oleh ALLAH Subhana Wa Ta’ala kalian memperbanyakkan lagi sedekah kalian dengan niat yang IKHLAS dan pastikannya dari sumber yang HALAL dan BERSIH. InsyaALLAH, akan melimpah ruahlah rezeki kalian.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan ALLAH dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”[Surah Al- Baqarah, Ayat 265]

Selain zakat yang hukumnya adalah wajib, bersedekah pula adalah suatu amalan yang amat dituntut di dalam Islam. Sesungguhnya, rezeki yang kita perolehi setiap hari datangnya dari kurniaan ALLAH Subhana Wa Ta’ala yang Maha Pemurah. Amalan bersedekah umumnya dapat merapatkan jurang dan hubungan di antara golongan yang miskin dan yang kaya.
Tetapi masih ada di antara kita yang bertanggapan bahawa amalan sedekah ini hanya merugikan sebaliknya menguntungkan pihak yang menerimanya. Dan disebabkan itu juga, apabila kita melihat orang-orang miskin atau pengemis yang meminta sedekah di tepi jalan kita bertanggapan bahawa kita seolah-olah menyokong mereka agar menjadi lebih malas dan hanya mengharap belas kasihan dari kita. Padahal tanggapan/prasangka sebegini datangnya dari hasutan syaitan laknatullah yang benci apabila kita manusia melakukan amalan baik iaitu dengan bersedekah.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”[Surah Al- Baqarah, Ayat 268]

Dan jangan pula di antara kita melakukan amalan sedekah dengan niat yang riak atau menunjuk-nunjuk agar kita mendapat pujian atau untuk mendapat nama. Ingatlah Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”[Surah Al- Baqarah, Ayat 264]

Kekuatan bersedekah ini amat besar maknanya di dalam Islam. Selain mampu merapatkan jurang di antara yang miskin dengan yang berada/kaya ia juga turut menghapuskan dosa seseorang itu. Sesungguhnya amalan besedekah (dengan hati ikhlas) itu ibarat melakukan pelaburan di sisi Islam. Meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. InsyaALLAH, balasan yang bakal diperolehinya suatu hari nanti pastinya berlipatkali ganda.


Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

“ALLAH susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”[Surah Al- Baqarah, Ayat 264]

InsyaALLAH diharapkan selepas ini bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan sedekah kita. Dan seterusnya melakukan amalan sedekah ini secara berterusan dengan niat yang ikhlas dan mengharap keredhaan ALLAH S.W.T semata-mata. Semoga amalan kita ini terus mendapat syafaat daripadaNya. InsyaALLAH!

Posted bykhaifah at Friday, October 24, 2008 0 comments  

Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008


Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008. Keadaan ini dilihat sama dengan Krisis Kewangan Asia 1998 yang melanda Thailand, Indonesia, Malaysia, dan lain-lain. Malahan Kemelesetan Dunia 1930 akan berulang.
Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh dan boleh menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi. Walaupun krisis ekonomi ini sangat teruk tetapi AS masih mampu bertahan kerana kebanyakan perdagangan dunia diuruskan dengan Dolar AS. Lagipun mekanisma FDI masuk ke Amerika Syarikat dan FDI ke luar masih amat menguntungkan Amerika Syarikat.
Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi.
Namun ramai pakar ekonomi menyatakan krisis sekarang tidak seteruk mana.

Situasi Semasa

Pada 20 September 2008, purata indeks Dow Jones Industrial telah kehilangan 504 mata atau 4.42 peratus.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengambil alih korporat gergasi gadai janji kewangan Fannie Mae dan Freddie Mac. Tindakan bailout seperti ini pernah berlaku di Malaysia namun ditentang oleh Amerika Syarikat.
Plan telah dijalankan bagi menangani masalah ini tetapi pelabur pasaran saham semakin lari dari bursa saham. Pelabur berluba-lumba mengeluarkan wang tunai dari bank-bank dan membeli emas pula. Pasaran dunia tidak lagi bersandarkan kepada emas sejak Presiden Richard Nixon berkuasa.
Pasaran terus jatuh selepas langkah menyelamat kerajaan AS bernilai AS$85 bilion terhadap penanggung insurans American International Group yang gagal menenangkan para pelabur besar mahupun pelabur kecil-kecilan. Suntikan dana AS$85 bilion bagi American International Group Inc (AIG) oleh Bank Rizab Persekutuan, New York belum memadai untuk meyakinkan para pelabur. American International Group Inc (AIG) merupakan syarikat insurans terbesar di dunia dan juga penaja kelab bola sepak Manchester United. Jika suntikan dana tidak diberikan, AIG akan muflis seperti Lehman Brothers.
Pada September 2008, terdapat khabar angin tentang bank pelaburan Lehman Brothers memfailkan untuk kebangkrapan, syarikat terbesar dalam sejarah korporat AS. Berita pengambilalihan Bank of America bernilai AS$50 bilion ke atas pesaingnya Merrill Lynch & Co. Kebangkrapan mendadak Lehman dan Merrill Lynch menyebabkan kehilangan kecaiaran wang tunai daripada ekonomi. Nilai mata wang jatuh mendadak. Modal tidak ada untuk membiayai operasi perniagaan kewangan dan perbelajaan pengguna. Imbangan kira-kira juga terjejas dan menggoncang insitusi bank itu sendiri.
Washington Mutual berada di ambang kemuflisan. Syarikat ini merupakan bank pinjaman dan simpanan terbesar AS. Syarikat Morgan Stanley juga berhadapan dengan rantaian keruntuhan domino ini.

Punca

Lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu.Bank pelaburan keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu membayar.
Industri hartanah merudum.

Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan . Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.
Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini.
Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk meberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan.

PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pekej kewangan Amerika akan terjejas teruk.
Puncanya kerana hutang semakin meningkat. Hutang pembiayaan perumahan semakin meningkat akibat memberi hutang kepada individu dan institusi yang tidak layak berhutang. Mereka tidak mampu membayar hutang dan menyebabkan hutang lapuk melambak-lambak. Hutang lapuk ini berjangkit ke Sepanyol di Eropah kerana menerima pakej kewangan mudah dari Amerika. Mana-mana negara yang enggan menerima pakej pinjaman mudah ini akan terselamat.

Keruntuhan Lehman Brothers berpunca antara lain akibat penjual singkat. Pelabur membeli saham untuk keuntungan jangka pendek dan menjual segera. Malaysia pernah melarang niaga kontra ini di bursa saham yang melibatkan pelabur dalam dan luar seperti daripada George Soros.

Gabenor Bank Thailand, Tarisa Watanagase melihat punca krisis kewangan Amerika sama dengan punca krisis kewangan Asia 1997. Tetapi krisis ekonomi AS ini lebih sukar diatasi kerana melibatkan pasaran modal paling besar dan paling canggih .Pelabur mengambil risiko terlalu tinggi, menyebabkan harga aset melambung ke paras yang melampau. Sekarang adalah tempoh pembetulan semula harga saham. .
Pada 18 September 2008, Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng menyatakan pasaran perumahan hanya mengalami pembetulan antara 15 dan 20 peratus, yang bermakna masih terdapat ruang bagi pembetulan dan lebih stabil.

Kesan Pada Malaysia

Malaysia tidak menerima kesan langsung kerana sejak dahulu Malaysia tidak menerima pakej pinjaman kewangan perumahan dan subprima dari Amerika. Namun kesan masih ada kerana import dan eksport antara kedua-dua negara. Malaysia cukup berhati-hati dengan Perjanjian Perdangan Bebas yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Abdul Razak menyatakan kesan krisis kewangan Amerika 2008 kecil kepada negara Malaysia. Sektor korporat dan bank dari Malaysia tidaklah begitu aktif dalam pasaran global. Oleh itu ia tidak menjejaskan terbitan bon dan sukuk Malaysia. Institusi kewangan Malaysia juga tidak meminjam dari pakej pinjaman Amerika. Beberapa cawangan bank Amerika terdapat di Malaysia seperti Citibank.
Bank CIMB adalah penyedia perkhidmatan kewangan dan perbankan kedua terbesar di Malaysia. CIMB juga merupakan kumpulan perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara.
Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia ke luar negara mengatasi pengaliran masuk sebanyak RM8.96 bilion pada 2007. Pada tahun 2006 , FDI Malaysia ke luar negara hanyalah RM20.9 bilion. Tetapi tahun 2007 meningkat kepada RM38 bilion. Ia disumbangkan oleh syarikat multinasionail seperti Petronas , YTL Corp , Genting , Telekom Malaysia , Sime Darby dan Maxis . Kerajaan Malaysia sediri menggalakkan pelaburan ke luar negara. Faktor lain ialah membina atau meraih jenama serta teknologi, dan mendapatkan sumber alam yang semakin berkurang di Malaysia.Malangnya pelabur tempatan tidak digalakkan untuk pelaburan semula (re invest).
Pada 20 September 2008, sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tambatan ringgit diadakan semula untuk mengurangkan impak krisis ekonomi Amerika terhadap mata wang Malaysia. Pengurusan apungan terurus ke atas ringgit seperti yang dilakukan sekarang tidak cukup berkesan malah merugikan. Selama ini pakar ekonomi Malaysia masih berasa rendah diri dan bergantung kepada model pakar ekonomi Barat. Imbangan dagangan masih memihak kepada Malaysia kerana harga kelapa sawit dan petroleum berada pada tahap yang tinggi.
Pada 1997 kadar tukaran ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap 1 dolar AS. Kemudian pada 21Julai 2005, kerajaan Abdullah Ahmad Badawi memansuhkan tambatan ringit dan nilai ringgit kemudiannya ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih. Ketika itu pakar ekonomi mahu tambatan ringgit dibuang dan membiarkan pasaran bebas menentukan kadar tukaran mata wang. Tambatan ringgit hanya menyekat perniagaan mata wang yang sangat menguntungkan itu.
Psda 19 September 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan misi ke PBB dan Arab Saudi kerana mahu memastikan tugas barunya sebagai Menteri Kewangan Malaysia menghadapi krisis kewangan dunia. Beliau mahu mendapatkan angka-angka ekonomi daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara.Kerajaan perlu sentiasa mengawal inflasi, memantapkan sektor pelaburan, memperkukuhkan institusi kewangan dan menggerakkan ekonomi domestik


sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki

Posted bykhaifah at Thursday, October 02, 2008 0 comments