Keyakinan rakyat pada paras terendah

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia semakin merasai beban krisis kewangan global apabila kajian menunjukkan 68 peratus pengguna menyatakan ekonomi negara sedang merosot dan keyakinan kini berada di paras terendah."Orang ramai bimbang tentang iklim ekonomi apabila Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia jatuh ke paras rendah 88 mata dalam kaji selidik terbaru, tinggi sedikit berbanding purata sejagat sebanyak 84 mata, tetapi kurang sembilan mata daripada separuh pertama 2008," kata Pengarah Urusan Nielsen Company Malaysia, Paul Richmond.Kajian Keyakinan Pengguna Global Nielsen, yang dijalankan dua kali setahun meninjau pandangan 26,202 pengguna dalam 52 negara di tengah-tengah krisis kewangan global dengan 500 rakyat Malaysia di semua peringkat umur telah ditemubual daripada 23 September hingga 6 Oktober 2008 mengenai tahap keyakinan mereka dan tinjauan ekonomi sejak kali terakhir kaji selidik diadakan pada Mei 2008.
Richmond berkata, dalam kajian itu, pengguna telah ditanya bagaimana mereka akan membelanjakan lebihan wang tunai selepas memenuhi keperluan harian, kira-kira 67 peratus menyatakan mereka menyimpan wang untuk masa sempit. Baki 46 peratus lagi akan membayar hutang kad kredit dan pinjaman mereka.

Lebih menghairankan kata beliau, dalam tempoh sukar, satu pertiga daripada rakyat Malaysia masih mahu pergi bercuti manakala kira-kira 30 peratus bercadang melabur dalam pasaran saham atau saham amanah mungkin melihat peluang baik untuk membeli saham murah.Mengulas kebimbangan utama yang ada dalam kajian bagi tempoh enam bulan akan datang, katanya, sebanyak 43 peratus menyatakan kebimbangan terhadap ekonomi diikuti kestabilan politik (32 peratus) dan kenaikan harga makanan (18 peratus).Beliau juga menyatakan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kestabilan politik juga mengatasi negara lain di Asia Pasifik ketika ini dan menunjukkan perbezaan ketara terhadap keputusan separuh pertama kaji selidik pada Mei lalu, yang menyaksikan kadar inflasi (58 peratus), keselamatan diri dan kadar jenayah (52 peratus) dan harga bahan api atau minyak (45 peratus) sebagai tiga kebimbangan tertinggi mereka.

Hampir separuh bersetuju bahawa pekerjaan mereka dan prospek kewangan tidak begitu memberangsangkan dalam tempoh 12 bulan - menunjukkan dengan jelas bahawa perbelanjaan yang melampau tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.Hasil kaji selidik mendapati lima cara teratas rakyat Malaysia membendung kenaikan kos termasuk mengurangkan perbelanjaan pakaian baru (62 peratus) mengurangkan kos hiburan di luar rumah (57 peratus), menjimatkan gas dan elektrik (54 peratus), menangguhkan pembelian perkakasan teknologi terbaru seperti telefon mudah alih dan komputer peribadi (49 peratus), dan beralih kepada barangan runcit yang berjenama murah (43 peratus).

Posted bykhaifah at Monday, November 24, 2008 0 comments  

SAKIT JANTUNG, APA TINDAKAN ANDA



SAKIT JANTUNG, APA TINDAKAN ANDA Andaikan pada anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri) selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa...... Anda benar-benar tertekan dan terkejut..... Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak Apa perlu anda lakukan ??? Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri. BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KITA KESEORANGAN?






Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum ia tidak sedarkan diri. APA YANG PERLU ANDA BUAT? JAWAPAN:




Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh-sungguh. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal. Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru-paru manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital. Beritahu seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur.




~SEMOGA PANDUAN DIATAS DAPAT MEMBANTU KETIKA KITA DALAM KECEMASAN~

Posted bykhaifah at Monday, November 17, 2008 0 comments  

88.5% percaya Sistem Ekonomi Islam yang paling baik untuk diguna

"After the outbreak of the global financial crisis, what financial system do you believe it is best for the world to follow?" (Setelah krisis kewangan global melanda, sistem kewangan apakah yang anda percaya paling baik untuk diikuti di dunia?) Begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh Al Jazeera. Hasilnya, 88.5% dari 29,486 responden menjawab sistem kewangan Islam. Sedangkan responden yang memilih sistem kewangan Kapitalis hanya 5.0% sahaja dan yang memilih sistem kewangan Komunis sebanyak 6.5%.



Sistem ekonomi Kapitalisme kini sedang karam, setelah sebelumnya sistem ekonomi komunisme berkubur. Kini hanya tinggal Islam sahajalah satu-satunya penyelesaian yang paling ampuh dan bebas dari berbagai krisis. Kapitalisme sekarang benar-benar berada di hujung tanduk dan hanya menunggu masa untuk jatuh tersungkur.Di saat-saat akhir kejatuhan Daulah Khilafah dahulu, umat Islam terpegun dengan peradaban Barat sehingga mereka telah mengabaikan institusi politik yang telah menaungi mereka berabad lamanya. Kebangkitan Barat yang berideologikan Kapitalisme dilihat sebagai satu kemajuan baru dunia yang diasaskan atas konsep kebebasan. Umat lalu mula meninggalkan Islam dan mengejar kemewahan dunia yang diajar oleh kapitalis dan meninggalkan hukum-hakam Islam serta mengabaikan Khilafah Islam. Setelah kejatuhan Khilafah, peradaban Barat masuk dengan agak drastik ke dalam kehidupan umat Islam dan pandangan hidup umat mula berubah kepada kecintaan kepada dunia. Umat Islam kemudian hilang arah tuju dan mula lupa untuk apakah mereka diciptakan. Kemewahan dunia yang ditawarkan oleh Kapitalis di bawah kebebasan berekonomi membutakan mata mereka kepada akhirat. Lalu, mereka terperosok ke lembah kehinaan kerana telah mengambil Kapitalis sebagai cara hidup dengan meninggalkan Islam. Namun, oleh sebab adanya ulama dan gerakan-gerakan Islam yang tidak putus-putus berjuang untuk menerangkan kebatilan sistem kufur Kapitalis dan mereka berusaha untuk mengembalikan semula kemuliaan umat di bawah naungan Daulah Khilafah, lama-kelamaan kesedaran mula tumbuh di tubuh umat. Kehinaan yang dialami selama ini sedikit demi sedikit telah menimbulkan kesedaran, sehinggakan umat mula nampak kebobrokan Kapitalis dan mula mencari jawapan kepada seribu macam masalah yang mereka hadapi selama ini. Mereka telah melihat sosialisme menuju kehancuran kerana gagal menyelesaikan masalah manusia. Kejahilan umat terhadap Islam kemudian memerangkap mereka untuk menerima Kapitalisme dan untuk jangka masa yang agak lama, mereka hanyut di dalam arus Kapitalis tanpa mereka sedar bahawa arus ini membawa mereka ke jurang maut. Kini, setelah ramai yang terkorban di bawah Kapitalisme, barulah umat sedar bahawa ada satu sistem lain yang boleh menyelamatkan mereka. Setelah melihat dengan mata dan kepala sendiri sistem Kapitalis sedang menuju ke lembah maut, umat mula memikirkan untuk mencari penyelamat, dan sudah tidak ada lagi yang boleh menyelamatkan mereka kecuali satu sistem yang datangnya dari wahyu. Kini, umat Islam telah mula menyatakan aspirasi mereka untuk kembali kepada sistem yang benar, yang pernah satu ketika dahulu menjadikan mereka umat yang mulia di kalangan semua manusia. Hanya saja, umat ini perlu dididik dan dipandu kepada kebenaran, kerana telah lama mereka berada di dalam kegelapan. Umat kini perlu dididik dengan cara yang benar bagaimana untuk menegakkan kembali sistem Khilafah, yang satu ketika dulu kehidupan ekonomi mereka begitu sejahtera di dalamnya."

http://www.tranungkite.net

Posted bykhaifah at Tuesday, November 04, 2008 2 comments